Pages

Sunday, 28 April 2013

JUS OREN !




Anda suka makan buah oren atau minum jus oren? Menikmati segelas air limau atau jus oren yang segar terutamanya jika dihidangkan dalam keadaan dingin ketika cuaca panas terik memang enak dan segar rasanya. Jika anda termasuk golongan yang menggemari minuman ini teruskan kebiasaan anda. 

Tahukah anda? Kita disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja. 

Selain itu, ia juga memiliki banyak manfaat lain yang baik untuk kesihatan tubuh seperti: 
  • Mengandungi sumber vitamin C yang baik. Malah lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.
  • Menjaga daya tahan dan kekebalan tubuh (system immune).
  • Menghalang penyakit influenza.
  • Mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
  • Membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Mengandungi karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa yang berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
  • Membantu proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
  • Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.
  • Mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung.
  • Meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.
  • Mencantikkan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

p/s: Tapi jangan mengambilnya secara berlebihan pula. Cukup sekadar keperluan badan.

Khasiat Kiwi


Setiap hari dua hidangan buah kiwi, jadikan ia aturan baru dalam diet harian anda untuk kesihatan menyeluruh. Buah kiwi mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia kaya dengan nutrien yang membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain merupakan pilihan diet harian yang mudah.

Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

"Bagi sesetengah pengguna, nilai nutrisi mempengaruhi mereka untuk membeli sesuatu. Fakta mengenai kebaikan buah kiwi sudah lama diketahui dan tidak hairanlah ia kini digemari oleh mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh," kata Pengurus Pemasaran Zespri International, Daniel Mathieson.

Menurutnya, buah kiwi sesuai dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh juga dimakan bersama kulitnya. Secara purata, buah kiwi menyediakan kandungan cadangan harian (RDV) vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang mana sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.

Tambahnya lagi, ketakutan warga seluruh dunia mengenai penyebaran wabak influenza H1N1 juga menyebabkan mereka lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan.

"Kini kebanyakan orang mula bertukar kepada makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi," kata Mathiesen.

Sementara itu, Pakar Terapi Nutrisi, Dr Norzita Mohd Yusof berkata, buah kiwi merupakan pilihan diet yang mudah dan amat sesuai bagi kanak-kanak serta orang dewasa.

"Anda hanya memerlukan sebiji kiwi segar, potong kepada dua bahagian dan gunakan sudu untuk mencedok isinya," katanya.

Menurutnya lagi, buah kiwi amat sesuai dijadikan amalan diet harian sejak dari usia kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini sangat terdedah kepada makanan berproses.

"Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus," ujarnya.

Dengan pengambilan buah kiwi setiap hari katanya, kita tidak perlu lagi bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.




Saturday, 27 April 2013

Senaman yang disarankan sepanjang tempoh Kehamilan

Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran - tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda atau bayi anda. 

Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak merbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung. Lebih baik jika anda mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko tergelincir dan terjatuh, seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski, walaupun pernah terjadi di mana orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif seperti itu, akan terus berlatih walaupun sarat mengandung. 

Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini. 

Berjalan 
Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda. Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda. 

Renang 
Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan. 

Kelas senaman air 
Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan. 

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat. 

Yoga dan regangan 
Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda. 

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik. 

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan. 

Pilates 
Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi. Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis - dikenali dalam Pilates sebagai "teras stabil" atau asas. Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam. Sebab Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan. 

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi "tangan dan lutut", dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung. Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin. 

Senaman angkat berat 
Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti, walaupun anda perlu mengelakkan mengguna besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu. 

Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda. 

Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan. 

Tarian 
Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda. Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba. 

Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain. 

Aerobik berimpak rendah dan Fitball 
Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik. 

Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi. 

http://www.babycenter.com.my/a1049984/senaman-yang-disarankan-sepanjang-tempoh-kehamilan#ixzz2RjhdDdi4

Pentingnya BREAKFAST !

Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Terdapat pelbagai kerenah manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat bersarapan pagi antaranya:

· Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.
· Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat.
· Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak.
· Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.
· Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.

Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.

Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Penjagaan Kesihatan Mulut : Gula-Gula Getah



Gula-gula getah merupakan sejenis ‘makanan’ unik yang dikunyah dalam tempoh masa yang panjang (selalunya dalam 20 minit) yang secara relatifnya mempunyai nilai kalori (tenaga) yang rendah.
Adalah penting untuk membaca label gula-gula getah yang dipilih agar ia boleh membantu anda mengenalpasti jenis dan kandungan yang boleh memberi faedah kepada kesihatan mulut.
Jenis gula-gula getah:
  • Bergula - terdiri daripada sukrosa
  • Tidak bergula (mempunyai pemanis tiruan - seperti sorbitol dan xylitol)
Gula-gula getah yang bergula jika dikunyah boleh menyumbang kepada penghasilan asid yang boleh menyumbang kepada pereputan gigi (karies gigi). Ia dicirikan oleh penurunan sederhana pH pada plak gigi. Kajian klinikal menunjukkan terdapat peningkatan insiden karies gigi bagi individu yang menggunakan gula-gula getah bergula berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak mengunyah gula-gula getah.
Gula-gula getah dengan pemanis tiruan secara umumnya, tidak boleh dicernakan oleh bakteria di dalam mulut. Ia tidak menyebabkan karies gigi. Berdasarkan eksperimen jangka masa pendek, ia boleh menyumbang kepada remineralisasi enamel gigi. Ia juga menunjukkan ciri-ciri anti karies gigi melalui rangsangan penghasilan air liur. Kajian klinikal menunjukkan xylitol mempunyai peranan anti karies yang lebih baik berbanding dengan sorbitol.
Peranan Gula-gula Getah
Gula-gula getah terdapat dalam pelbagai perisa. Perisa inilah yang merangsang penghasilan air liur secara refleks sehingga 10 kali ganda. Rangsangan penghasilan air liur bersama-sama pengunyahan gula-gula getah menyebabkan peningkatan penghasilan air liur, peningkatan pH air liur serta memberikan kebaikan terhadap keseimbangan remineralisasi atau demineralisasi permukaan enamel gigi (lapisan gigi yang paling luar). Air liur ini turut berperanan dalam membersihkan sisa makanan dalam mulut.
Bikarbonat yang terhasil dalam air liur yang dirangsang adalah lebih tinggi berbanding dengan air liur dalam keadaan rehat (tiada kunyahan). Bikarbonat meneutralkan asid yang dihasilkan oleh plak bakteria. Maka gula-gula getah tidak bergula boleh mencegah karies gigi peringkat awal dari menjadi lebih teruk.
Gula-gula getah telah terbukti:
  • Merangsang penghasilan air liur
  • Meneutralkan asid plak gigi
  • Merangsang remineralisasi enamel gigi
  • Membantu mencegah pembentukan karies gigi
Masa paling sesuai gula-gula getah dikunyah ialah selepas makan dan selepas mengambil snek (khususnya yang bergula) dan dikunyah selama sekurang-kurangnya 20 minit. Gula-gula getah membantu mengembalikan pH air liur ke tahap normal dengan peningkatan penghasilan air liur.
Pesakit yang mengambil ubat-ubatan seperti antidepressants, beta blockers atau pesakit Sindrom Sjogren iaitu pesakit yang menerima rawatan radioterapi di kawasan kepala dan leher akan mengalami kesan sampingan iaitu masalah kekeringan mulut (Xerostomia). Gula-gula getah mungkin boleh membantu dalam mengurangkan ketidakselesaan masalah kekeringan mulut dengan merangsang pengeluaran air liur dari baki tisu/kelenjar air liur yang kurang berfungsi. Dengan kaedah penjagaan kebersihan mulut yang baik, keselesaan mulut akan bertambah baik serta risiko karies gigi akan berkurangan.
Fakta Menarik Tentang Gula-gula Getah
  • Persatuan Doktor-Doktor Pergigian Britain menggalakkan pengunyahan gula-gula getah tidak bergula sebagai sebahagian daripada program penjagaan kebersihan mulut yang rutin bagi melindungi gigi dari berlubang.
  • Ia tidak berbahaya jika ditelan kerana ia secara amnya ialah serat makanan (roughage) dan melalui bahagian perut, usus kecil dan besar dan akhirnya dikumuhkan. Pastikan anda tidak tercekik atau menarik nafas secara tidak sengaja (termasuk ke saluran pernafasan) kerana ia adalah berbahaya. Jika anda ternampak situasi tersebut berlaku pada seseorang, sila buat panggilan kecemasan dan dapatkan bantuan kecemasan. Pastikan gula-gula getah hanya diberi kepada kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas dan elakkan penggunaan semasa aktiviti sukan lasak.
      Rajah 1: Lokasi sendi temporomandibel
      • Ia tidak menyebabkan masalah sendi temporomandibel (Temporomandibular Disorder/TMD) (Rajah 1). Tiada bukti saintifik setakat ini menunjukkan ia punca masalah TMD. Tetapi ia mungkin boleh berlaku bagi pesakit yang telah sedia ada masalah TMD. Sila dapatkan nasihat lanjut dari doktor pergigian jika anda mempunyai masalah TMD.
      • Ia boleh membantu perokok untuk berhenti dari tabiat merokok. Ia bertindak menarik perhatian perokok dengan tabiat mengunyah gula-gula getah itu sendiri tanpa kesan negatif terhadap makanan dan sebagai satu cara rawatan penggantian nikotin.
      • Ia merangsang peningkatan pengaliran darah dan aktiviti bio-elektrik di sesetengah kawasan otak. Ia berlaku apabila individu tersebut merasa tenteram atau istirehat/relaksasi dan berkurangnya tahap stres.
      Adalah diingatkan gula-gula getah perlu dibuang ke dalam tong sampah selepas digunakan bagi memastikan kebersihan alam sekitar. Pastikan juga anda memilih gula-gula getah tidak bergula kerana sebab-sebab yang dibincangkan di atas.

      UDANG + VITAMIN C = RACUN

      Udang Vitamin C = Racun
      Hati-hati!!! Udang Vitamin C = Racun!


      Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi...

      Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan limapancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.

      Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masalahnya kerana malam itu wanita banyak makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal.

      Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5) , berhuhung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C , dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rosak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.

      Jadi hati-hati, habis banyak makan udang, jangan minum Vitamin C pada satu masa yang sama.

      Bahaya Rokok


      Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

      Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

      Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

      Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

      Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

      Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

      What is Health ?

      The word health means different things to different people, depending on the situation. If somebody says "I was worried about my husband's health when he climbed Mt. Everest", it is clear that the woman is referring to her husband's physical health, possibly his heart, skin (frostbite) and risk of developing hypothermia (when the body's temperature drops too low.

      On the other hand, if you hear the phrase "With all these deadlines, presentations and working weekends, I wonder what the effect will be on her health," most likely the word "health" refers more to mental health than physical health (although the two are often linked).

      The words "health" or "healthy" can also be used in non-medical contexts. For example "A healthy economy needs an ideal GDP growth rate that is sustainable, one that remains in the expansion phase of the business cycle as long as possible."

      The English word "health" comes from the Old English word hale, meaning "wholeness, being whole, sound or well,". Hale comes from the Proto-Indo-European root kailo, meaning "whole, uninjured, of good omen". Kailo comes from the Proto-Germanic root khalbas, meaning "something divided".